Wednesday, April 29, 2020

M26B: FASA PELAKSANAAN DAN PENYELESAIAN

FASA PELAKSANAAN DAN PENYELESAIAN

Tujuan utama fasa perlaksanaan penyelesaian adalah untuk mengubah reka bentuk kepada program (aturcara) yang akan dipasang pada perkakasan dan bersedia untuk melaksanakan penyelesaian. 

Selain itu, fasa ini bertujuan untuk membina dan menghasilkan sistem yang dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi. 

Aktiviti pembangunan aplikasi melibatkan pengekodan. Pengekodan memerlukan bahasa pengaturcaraan seperti Java, Javascript dan sebagainya. Pengekodan juga mengubah spesifikasi program kepada kod sumber. 

Pengkompilan ialah proses menukar kod pengaturcaraan kepada kod boleh laksana (executable).

Setelah menyediakan pseudokod dan carta alir, kita boleh ke langkah seterusnya iaitu pelaksanaan penyelesaian untuk mencari gaji staf dengan menulis kod atur cara. 

Jenis data yang digunakan ialah integer untuk pemboleh ubah bilangan jam bekerja iaitu ‘bilJam’, manakala double digunakan untuk pemboleh ubah kadar sejam seseorang itu bekerja dan gaji staf. 

Nama pemboleh ubah yang digunakan ialah ‘gajistaf’ dan ‘kadarsj’.

Penyelesaian aritmetik yang dilakukan ialah mendarab kadar sejam bekerja dengan bilangan jam bekerja. 

Hasil daripada aplikasi ini akan memaparkan gaji staf.

Aturcara java yang terhasil adalah


Latihan

Berdasaarkan pseudokod di bawah hasilkan aturcara java yang betul. Sila rujuk aturcara java di atas sebagai panduan.

1. Mula
2. Input kadar­_sejam, bilangan_jam_bekerja
3. Gaji staf = kadar_sejam × bilangan_jam_bekerja
4. Cetak gaji_staf
5. Tamat






Sunday, April 26, 2020

M26: FASA ANALISIS MASALAH & FASA REKA BENTUK PENYELESAIAN

1.7.1.1 FASA ANALISIS MASALAH (MS 169)

Fasa analisis masalah ialah proses mengenal pasti keperluan program dan mencari sebab sesuatu program dibina. 

Langkah-langkah sistematik harus dipatuhi untuk menyelesaikan masalah dan penting untuk kita memahami penyataan masalah dengan jelas. 

Permulaannya, analisis masalah yang dihadapi dengan menggunakan analisis IPO iaitu analisis input, proses dan output. Contoh yang berikut menunjukkan cara untuk membuat analisis masalah dengan menggunakan carta IPO.

Katakan anda dikehendaki menyelesaikan masalah kiraan gaji staf mengikut jam bekerja.

Penyelesaian: 

(a) Cara mengisi carta IPO adalah dengan menentukan penyelesaian yang dikehendaki iaitu gaji staf sebagai output. 
(b) Formula untuk hasilkan output ‘gaji staf’; iaitu kadar sejam bekerja didarabkan dengan bilangan jam bekerja. 
(c) Input untuk formula iaitu kadar sejam bekerja dan bilangan jam bekerja.


Analisis IPO bagi masalah di atas adalah seperti dalam jadual 1 di bawah



Jadual 1

1.7.1.2 FASA REKA BENTUK PENYELESAIAN (MS 169)

Fasa reka bentuk penyelesaian masalah dibuat setelah analisis IPO yang merupakan set keperluan untuk memulakan fasa mereka bentuk dilakukan. Walaupun projek yang kecil dan keperluan yang mudah, satu reka bentuk mental untuk pemahaman keperluan dengan penyelesaian perlu wujud. 

Fasa ini melihat kepada potensi penyelesaian yang wujud dan menentukan penyelesaian yang efektif dan efisien. Hal ini menjawab “bagaimana” membina penyelesaian terbaik.

Penggunaan algoritma ialah langkah awal bagi penyelesaian masalah dalam fasa reka bentuk penyelesaian. Pseudokod ialah aturan langkah yang ditulis dalam bahasa pertuturan manakala carta alir adalah satu perwakilan grafik yang menunjukkan langkah penyelesaian sesuatu masalah dan mempunyai hubung kait antara satu sama lain. Misalnya


Algoritma untuk mengira gaji staf: 


Dapatkan kadar sejam bekerja bagi staf. 
Kemudian, darabkan bilangan jam staf tersebut bekerja. 
Hasilnya ialah gaji staf tersebut.


Latihan:

Berdasarkan analisis IPO dalam Jadual 1, tuliskan pseudokod yang lengkap.

Tuesday, April 21, 2020

M25: PEMBANGUNAN APLIKASI

Kitaran Hayat Pembangunan Sistem (Software development Life Cycle -SDLC)  
(MS 168-175)

Kitaran Hayat Pembangunan Sistem (Software development Life Cycle -SDLC) juga dikenali sebagai kitaran hayat pembangunan aplikasi. 

Kitaran hayat pembangunan aplikasi ialah istilah yang digunakan dalam kejuruteraan sistem dan perisian, sistem maklumat, dan pembangunan aplikasi yang menjelaskan proses 

  • merancang, 
  • mereka bentuk
  • menguji dan
  • mengimplementasi 


sesuatu aplikasi atau perisian. 

SDLC terdiri daripada satu kitaran fasa yang berjujukan dan menjadikannya sebagai pelan tindakan yang berkesan kepada pasukan projek. 

Selain itu, SDLC bantu mengesan status bagi penyempurnaan projek tersebut. Metodologi umum yang terdapat bagi SDLC ialah 


  • model air terjun (Waterfall model ), 
  • model RAD (Rapid Application Development model ), 
  • model lelaran (Iterative model ), 
  • model lingkaran (Spiral model ) dan 
  • model tangkas (Agile model ). 


Model hibrid pula ialah kombinasi yang terdiri daripada beberapa model. 

Dokumentasi adalah penting tanpa mengira model yang digunakan dan selalunya seiring dengan proses pembangunan. Misalnya, ada kaedah yang sesuai dengan jenis projek yang spesifik tetapi dalam analisis terakhir, faktor terpenting ialah kejayaan projek yang dibangunkan. 

Model air terjun digunakan sebagai model pembangunan aplikasi memandangkan model ini mirip kepada proses-proses dalam SDLC. Model ini merupakan model terawal, mudah difahami dan mudah diuruskan. Model air terjun mengandungi lima fasa secara umumnya, di mana setiap fasa dalam model air terjun distrukturkan iaitu satu fasa perlu diselesaikan sebelum ke fasa berikutnya. Maklumat bagi setiap fasa diperlukan untuk fasa yang berikutnya dan tidak boleh berpatah balik.

1. Fasa Analisis Masalah 

Fasa analisis masalah ialah proses mengenal pasti keperluan program dan mencari sebab sesuatu program dibina. 

Langkah-langkah sistematik harus dipatuhi untuk menyelesaikan masalah dan penting untuk kita memahami penyataan masalah dengan jelas. 

Permulaannya, analisis masalah yang dihadapi dengan menggunakan analisis IPO iaitu analisis input, proses dan output.

2. Fasa Reka bentuk Penyelesaian 

Fasa reka bentuk penyelesaian masalah dibuat setelah analisis IPO yang merupakan set keperluan untuk memulakan fasa mereka bentuk dilakukan. 

Walaupun projek yang kecil dan keperluan yang mudah, satu reka bentuk mental untuk pemahaman keperluan dengan penyelesaian perlu wujud. 

Fasa ini melihat kepada potensi penyelesaian yang wujud dan menentukan penyelesaian yang efektif dan efisien. Hal ini menjawab “bagaimana” membina penyelesaian terbaik.

3. Fasa Pelaksanaan Penyelesaian 

Tujuan utama fasa perlaksanaan penyelesaian adalah untuk mengubah reka bentuk kepada program yang akan dipasang pada perkakasan dan bersedia untuk melaksanakan penyelesaian. 

Selain itu, fasa ini bertujuan untuk membina dan menghasilkan sistem yang dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi. 

4. Fasa Uji dan Nyah ralat 

Dalam fasa ini, kod atur cara yang siap dibina akan diuji.  Fasa pengujian memainkan peranan penting dalam SDLC. 

Fasa ini mempunyai beberapa tujuan seperti yang berikut: 

a Memastikan semua keperluan dipenuhi. 
b Memastikan semua pengekodan berfungsi seperti yang dikehendaki. 
c Memastikan semua modul boleh berfungsi bila digabungkan. 
d Mendapatkan maklum balas daripada pengguna sistem untuk tujuan pembetulan dan 
   penambahbaikan. 
e Melibatkan pengguna sepenuhnya di peringkat pembangunan. 
f Mengesan ralat yang tercicir. 
g Membantu pasukan projek membuat dokumentasi dengan mengesan kesilapan oleh        
  pengguna. 
h Menyimpan keputusan ujian sebagai bukti penyempurnaan pembangunan sistem. 

5. Fasa Dokumentasi 

Dokumentasi merupakan suatu proses mengutip dan mengumpulkan data, mengumpulkan maklumat dan ringkasan seperti laporan pengujian yang dijalankan, carta alir, kod atur cara dan juga carta IPO. 

Dokumen-dokumen ini adalah sangat penting untuk rujukan pengguna sistem, pegawai IT dan juga kakitangan baharu di setiap fasa. 

Sebagai contoh, carta Gantt ialah dokumen penting kerana carta Gantt menetapkan tarikh akhir untuk setiap peringkat pembangunan.

Sunday, April 19, 2020

M13: JENIS DATA

Dalam pembelajaran yang lalu kita telah mempelajari bahawa jenis data dalam bahasa pengaturcaraan merujuk satu set data yang mempunyai nilai dan ciri-ciri yang telah ditetapkan. 

Data merupakan satu elemen yang memainkan peranan yang penting dalam sesebuah pengaturcaraan. Data yang dimasukkan dalam pengaturcaraan akan diproses untuk menghasilkan output bagi sesuatu permasalahan yang wujud. 

Jenis data boleh dikategorikan kepada dua kelas, iaitu 

  1. data primitif 
  2. data bukan primitif
Rujuk rajah di bawah


Pemilihan dan Penggunaan Jenis Data yang Bersesuaian 

Pemilihan dan penggunaan data yang sesuai amat penting dalam sesebuah aturcara supaya aturcara dapat dibangunkan tanpa ralat sintaks. 

Jenis data bagi pemboleh ubah dan pemalar yang menentukan jenis maklumat akan disimpan dalam ruang ingatan yang diperuntukkan. 

Penggunaan jenis data yang sesuai juga berfungsi sebagai penanda aras kepada sesuatu pemboleh ubah itu sama ada pemboleh ubah tersebut menyimpan 

  • data yang tetap
  • data yang boleh dikira 
  • huruf
  • nombor perpuluhan 
  • data yang mempunyai pilihan benar atau palsu



Apakah integer? 

Integer merangkumi semua nombor yang tidak mempunyai pecahan atau perpuluhan. Integer ialah nombor asal yang lebih besar daripada bait. Integer boleh bernilai antara –2147483648 hingga 2147483648.


Apakah nombor nyata? 

Nombor nyata ialah nombor yang terdiri daripada semua nombor yang mempunyai titik perpuluhan atau bahagian pecahan. 

Nombor nyata bernilai antara: 1.79769313486231e308 hingga 4.94065645841247e-324, jika nombor adalah negatif, 
dan 
1.79769313486231E308 hingga 4.94065645841247E-324, 
jika nombor adalah positif.

Apakah aksara/rentetan? 

Aksara dan rentetan merupakan data dalam bentuk ruang kosong (space), teks, perkataan atau nilai yang mengandungi susunan aksara atau simbol.

Apakah Boolean? 

Boolean ialah data dalam bentuk pilihan, iaitu memilih salah satu daripada sesuatu yang "benar" (True) atau "palsu" (False).

Latihan:

Sila klik pautan di bawah untuk menguji kefahaman and tentang tajuk di atas

Latihan Jenis Data

Tuesday, April 14, 2020

M13: PEMBOLEHUBAH, PEMALAR DAN JENIS DATA


Pembolehubah atau pemalar dalam Java, perlu diisytiharkan sebelum digunakan. 

Konsep dan prosedurnya adalah sama seperti ingin melancong ke luar negara, iaitu seseorang individu perlu mengisytiharkan barang yang ada di dalam bagasi di pejabat Kastam. 

Dalam proses pengaturcaraan, seorang pengatur cara perlu mengisytiharkan jenis data yang diperlukan dalam sesuatu program yang hendak dilaksanakan.

Pembolehubah 

Pembolehubah ialah ruang simpanan sementara untuk nombor, teks dan objek. 

Nilai pembolehubah sentiasa berubah semasa berlakunya pemprosesan dan tidak akan memegang sebarang nilai selepas program tamat. 

Pengaturcara perlu memberikan nama kepada setiap pembolehubah yang digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam program yang dibangunkan. 

Pengaturcara menggunakan nama pemboleh ubah sebagai nama rujukan untuk nilai spesifik pemboleh ubah tersebut. Komputer pula akan menggunakan nama pemboleh ubah tersebut sebagai rujukannya untuk mencari nilai pemboleh ubah itu dalam memorinya. 

Pembolehubah merupakan elemen dalam pengaturcaraan dan nilainya boleh berubah pada bila-bila masa sewaktu proses pengaturcaraan dilaksanakan. 

Contoh yang lain adalah dalam situasi kos sepasang kasut. 

Item input ini perlu diberikan satu nama pemboleh ubah kerana kos sepasang kasut mungkin berubah mengikut jenis kasut. Nama pembolehubah sepatutnya konsisten dengan nilai pembolehubah. 

Dalam kes ini, nama pembolehubah ialah kosKasut kerana nama ini merujuk kos sepasang kasut. Sekiranya kos sepasang kasut berubah, nilai pembolehubah akan berubah tetapi nama pembolehubah tidak akan berubah.





Pemalar 

Sewaktu proses pengaturcaraan dilaksanakan, nilai pemalar adalah tetap dan tidak akan berubah. 

Pemalar biasanya digunakan semasa pengaturcara ingin mengisytiharkan nilai yang tidak berubah. 

Contohnya:

  • nilai Pi (π) 
  • bilangan hari dalam seminggu
  • bilangan jam dalam sehari
  • kadar pertukaran nilai mata wang Malaysia 


Jika ingin menggunakan nilai seperti ini, pengaturcara perlu mengisytiharkannya sebagai pemalar.

Jenis Data 

Jenis data dalam bahasa pengaturcaraan merujuk satu set data yang mempunyai nilai dan ciri-ciri yang telah ditetapkan. 

Jenis data dan contoh penggunaan nilai yang dibenarkan adalah seperti dalam Jadual 1.6. 






Data merupakan satu elemen yang memainkan peranan yang penting dalam sesebuah pengaturcaraan. Data yang dimasukkan dalam pengaturcaraan akan diproses untuk menghasilkan output bagi sesuatu permasalahan yang wujud. 


Latihan:




Berdasarkan aturcara java di atas, tuliskan aturcara yang mengira jumlah dua nombor dan memaparkan nilai jumlah tersebut. Gunakan nama pembolehubah-pembolehubah berikut:
  • nombor1
  • nombor2
  • jumlah



Saturday, April 11, 2020

M13: MENUKAR ALGORITMA KEPADA BAHASA PENGATURCARAAN


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Jump to navigationJump to search
Bahasa pengaturcaraan  ialah teknik komunikasi piawai untuk menjelaskan arahan kepada komputer. Ia merupakan satu set peraturan sintaktik (syntactic) dan semantik (semantic) yang digunakan untuk menghasilkan sebuah atur cara komputer. Bahasa pengaturcaraan membenarkan pengaturcara (Programmer) menspesifikasikan secara terperinci perkara-perkara berikut:-
  • data yang diperlu diproses oleh komputer
  • bagaimana data disimpan atau dihantar
  • apa yang perlu dilakukan dalam pelbagai keadaan secara lebih mendalam (algoritma)

Pada dasarnya, pengaturcaraan adalah suatu kaedah memberi arahan  kepada komputer untuk menjalankan sesuatu tugas 
Kaedah pemberian arahan atau perintah pada asasnya adalah dalam bentuk kod binari. Disebabkan kaedah pengaturcaraan telah mengalami evolusi yang sentiasa berkembang pesat, arahan atau perintah kepada komputer juga semakin rumit, maka ia ditulis dalam bentuk kod.
Seorang pengaturcara biasanya memerlukan kemahiran mengaturcara untuk menulis kod sumber (coding) berdasarkan suatu daya pemikiran logik,kreativiti luar biasa, kesabaran tinggi, kebolehan memahami sesuatu perkara secara mendalam dan terperinci, dan kebolehan mentaakul aras tinggi untuk menyusun set perintah dengan teratur, tidak bercelaru, mudah difahami dan mudah dibuat penyeleranggaan kod.

Setiap baris algoritma yang direka bentuk dapat ditukarkan kepada kod komputer. Algoritma berbentuk universal. Oleh itu, simbol dan perkataan yang digunakan tidak perlu bersandarkan kepada mana-mana bahasa pengaturcaraan. Banyak lagi bahasa pengaturcaraan yang sering digunakan termasuklah Visual Basic (VB), Java, C# dan lain-lain

Jadual di bawah menunjukkan penterjemahan pseudokod kepada bahasa pengaturcaraan Java




Sila klik pautan video di bawah untuk menonton videoyang akan menunjukkan bagaimana cara menukarkan satu contoh algoritma dalam bentuk pseudokod kepada bahasa pengaturcaraan Java, PHP dan Python. Dalam bab 1 Sains Komputer Tingkatan 4, kita akan mempelajari bahasa Pengaturcaraan Java.

https://www.youtube.com/watch?v=geYGhBrFZgc&feature=youtu.be

Latihan

Tukarkan pseudokod di bawah kepada Bahasa Java. Tulis jawapan anda di atas sehelai kertas kajang, A4 atau sebarang kertas yang sesuai.


Mula
Input tahun_lahir
umur = tahun_semasa - tahun_lahir
Output umur 

Tamat

Tuesday, April 7, 2020

M12: RALAT DALAM ALGORITMA



Algoritma diuji setelah ditulis untuk tujuan pembaikan. 

Pengujian algoritma dibuat sebelum algoritma ditulis sebagai kod komputer (aturcara). 


Algoritma yang telah diuji mempunyai ciri-ciri yang berikut: 
• Mudah difahami
• Lengkap
• Efisien
• Memenuhi kriteria reka bentuk perisian yang ingin dibangunkan.


Algoritma yang tidak memenuhi kriteria amengakibatkan perisian yang dihasilkan mengandungi ralat. Hal ini kerana pengatur cara bergantung kepada algoritma untuk menghasilkan aturcara. 

Algoritma yang mengandungi ralat akan menyebabkan pengatur cara menghasilkan aturcara yang juga mengandungi ralat

Ujian algoritma boleh mencegah ralat algoritma. 

Terdapat dua jenis ralat algoritma

  1. Ralat logik – ralat logik berlaku kerana perisian yang dihasilkan tidak menjalankan fungsi-fungsi yang sepatutnya, tidak lengkap ataupun fungsi menghasilkan output yang tidak tepat. 
  2. Ralat masa larian – ralat yang timbul apabila aturcara dijalankan. Ralat masa larian termasuklah aturcara yang tidak dapat dimulakan, menjadi sangat perlahan ataupun tidak responsif. 
Langkah-langkah Pengujian Algoritma 

Pengujian algoritma ialah pemeriksaan secara manual dan teliti. 

Pengujian algoritma juga dikenal sebagai desk-checking kerana teknik ini menggunakan kertas dan pensel. Pengujian algoritma harus dilakukan secara sistematik. 

Umumnya, pengujian melibatkan langkah-langkah yang berikut: 

1 Kenal pasti "Output Dijangka" ODJ
2 Kenal pasti "Output Diperoleh" ODP
3 Bandingkan "Output Diperoleh" dengan "Output Dijangka". 
4 Analisis dan baiki algoritma

Sila tonton video di bawah untuk penerangan yang lebih jelas


https://www.youtube.com/watch?v=VM24bMuXLcc

Latihan:
Berdasarkan nota dan video yang telah anda tonton, dengan menggunakan sehelai kertas kajang (test pad) atau kertas A4 atau apa-apa kertas yang anda ada, bina sebuah peta i-think yang menerangkan secara ringkas dan padat apa yang telah anda pelajari dalam tajuk di atas.
Nota: Jika anda menghadapi masalah untuk menonton video di atas, memadai menggunakan nota bertulis di atas untuk menghasilkan peta i-think tersebut.

M12: INPUT INTERAKTIF DAN INPUT UMPUKAN

Input Interaktif 

Penyataan INPUT adalah untuk menerima data daripada pengguna. 
Pengguna memasukkan data melalui papan kekunci dan akan disimpan dalam pemboleh ubah. 

Algoritma sedemikian dikatakan interaktif kerana melibatkan input pengguna. 
Pemboleh ubah ialah ruang memori yang dikhususkan untuk menerima dan menyimpan data. 

Dalam subjek Matematik terutamanya dalam bab Algebra, pemboleh ubah biasanya diberikan nama abjad seperti x ataupun y.

Contoh:
Input jejari

Contoh pseudokod menggunakan input interaktif


Mula
Input tahun_lahir
umur = tahun_semasa - tahun_lahir
Output umur 
Tamat

Input Umpukan 

Selain input interaktif daripada pengguna, kaedah umpukan boleh digunakan untuk memasukkan data ke dalam pemboleh ubah. 

Nilai pemboleh ubah yang diumpuk adalah sama setiap kali atur cara daripada algoritma sedemikian dijalankan. 

Umpukan menggunakan simbol matematik, iaitu (=). 

Contoh:

jejari = 10

Contoh pseudokod menggunakan input umpukan


Mula
tahun_lahir = 2004
umur = tahun_semasa - tahun_lahir
Output umur 

Tamat

SOALAN PENORMALAN KERJA KURSUS

  Link untuk menjawab soalan