Algoritma diuji setelah ditulis untuk tujuan pembaikan.
Pengujian algoritma dibuat sebelum algoritma ditulis sebagai kod komputer (aturcara).
Algoritma yang telah diuji mempunyai ciri-ciri yang berikut:
• Mudah difahami
• Lengkap
• Efisien
• Memenuhi kriteria reka bentuk perisian yang ingin dibangunkan.
Algoritma yang tidak memenuhi kriteria amengakibatkan perisian yang dihasilkan mengandungi ralat. Hal ini kerana pengatur cara bergantung kepada algoritma untuk menghasilkan aturcara.
Algoritma yang mengandungi ralat akan menyebabkan pengatur cara menghasilkan aturcara yang juga mengandungi ralat.
Ujian algoritma boleh mencegah ralat algoritma.
Terdapat dua jenis ralat algoritma
- Ralat logik – ralat logik berlaku kerana perisian yang dihasilkan tidak menjalankan fungsi-fungsi yang sepatutnya, tidak lengkap ataupun fungsi menghasilkan output yang tidak tepat.
- Ralat masa larian – ralat yang timbul apabila aturcara dijalankan. Ralat masa larian termasuklah aturcara yang tidak dapat dimulakan, menjadi sangat perlahan ataupun tidak responsif.
Langkah-langkah Pengujian Algoritma
Pengujian algoritma ialah pemeriksaan secara manual dan teliti.
Pengujian algoritma juga dikenal sebagai desk-checking kerana teknik ini menggunakan kertas dan pensel. Pengujian algoritma harus dilakukan secara sistematik.
Umumnya, pengujian melibatkan langkah-langkah yang berikut:
1 Kenal pasti "Output Dijangka" ODJ
2 Kenal pasti "Output Diperoleh" ODP
3 Bandingkan "Output Diperoleh" dengan "Output Dijangka".
4 Analisis dan baiki algoritma
Sila tonton video di bawah untuk penerangan yang lebih jelas
Sila tonton video di bawah untuk penerangan yang lebih jelas
https://www.youtube.com/watch?v=VM24bMuXLcc
Latihan:
Berdasarkan nota dan video yang telah anda tonton, dengan menggunakan sehelai kertas kajang (test pad) atau kertas A4 atau apa-apa kertas yang anda ada, bina sebuah peta i-think yang menerangkan secara ringkas dan padat apa yang telah anda pelajari dalam tajuk di atas.
Nota: Jika anda menghadapi masalah untuk menonton video di atas, memadai menggunakan nota bertulis di atas untuk menghasilkan peta i-think tersebut.

No comments:
Post a Comment