Tuesday, April 14, 2020

M13: PEMBOLEHUBAH, PEMALAR DAN JENIS DATA


Pembolehubah atau pemalar dalam Java, perlu diisytiharkan sebelum digunakan. 

Konsep dan prosedurnya adalah sama seperti ingin melancong ke luar negara, iaitu seseorang individu perlu mengisytiharkan barang yang ada di dalam bagasi di pejabat Kastam. 

Dalam proses pengaturcaraan, seorang pengatur cara perlu mengisytiharkan jenis data yang diperlukan dalam sesuatu program yang hendak dilaksanakan.

Pembolehubah 

Pembolehubah ialah ruang simpanan sementara untuk nombor, teks dan objek. 

Nilai pembolehubah sentiasa berubah semasa berlakunya pemprosesan dan tidak akan memegang sebarang nilai selepas program tamat. 

Pengaturcara perlu memberikan nama kepada setiap pembolehubah yang digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam program yang dibangunkan. 

Pengaturcara menggunakan nama pemboleh ubah sebagai nama rujukan untuk nilai spesifik pemboleh ubah tersebut. Komputer pula akan menggunakan nama pemboleh ubah tersebut sebagai rujukannya untuk mencari nilai pemboleh ubah itu dalam memorinya. 

Pembolehubah merupakan elemen dalam pengaturcaraan dan nilainya boleh berubah pada bila-bila masa sewaktu proses pengaturcaraan dilaksanakan. 

Contoh yang lain adalah dalam situasi kos sepasang kasut. 

Item input ini perlu diberikan satu nama pemboleh ubah kerana kos sepasang kasut mungkin berubah mengikut jenis kasut. Nama pembolehubah sepatutnya konsisten dengan nilai pembolehubah. 

Dalam kes ini, nama pembolehubah ialah kosKasut kerana nama ini merujuk kos sepasang kasut. Sekiranya kos sepasang kasut berubah, nilai pembolehubah akan berubah tetapi nama pembolehubah tidak akan berubah.





Pemalar 

Sewaktu proses pengaturcaraan dilaksanakan, nilai pemalar adalah tetap dan tidak akan berubah. 

Pemalar biasanya digunakan semasa pengaturcara ingin mengisytiharkan nilai yang tidak berubah. 

Contohnya:

  • nilai Pi (π) 
  • bilangan hari dalam seminggu
  • bilangan jam dalam sehari
  • kadar pertukaran nilai mata wang Malaysia 


Jika ingin menggunakan nilai seperti ini, pengaturcara perlu mengisytiharkannya sebagai pemalar.

Jenis Data 

Jenis data dalam bahasa pengaturcaraan merujuk satu set data yang mempunyai nilai dan ciri-ciri yang telah ditetapkan. 

Jenis data dan contoh penggunaan nilai yang dibenarkan adalah seperti dalam Jadual 1.6. 






Data merupakan satu elemen yang memainkan peranan yang penting dalam sesebuah pengaturcaraan. Data yang dimasukkan dalam pengaturcaraan akan diproses untuk menghasilkan output bagi sesuatu permasalahan yang wujud. 


Latihan:




Berdasarkan aturcara java di atas, tuliskan aturcara yang mengira jumlah dua nombor dan memaparkan nilai jumlah tersebut. Gunakan nama pembolehubah-pembolehubah berikut:
  • nombor1
  • nombor2
  • jumlah



No comments:

Post a Comment

SOALAN PENORMALAN KERJA KURSUS

  Link untuk menjawab soalan