Sunday, April 19, 2020

M13: JENIS DATA

Dalam pembelajaran yang lalu kita telah mempelajari bahawa jenis data dalam bahasa pengaturcaraan merujuk satu set data yang mempunyai nilai dan ciri-ciri yang telah ditetapkan. 

Data merupakan satu elemen yang memainkan peranan yang penting dalam sesebuah pengaturcaraan. Data yang dimasukkan dalam pengaturcaraan akan diproses untuk menghasilkan output bagi sesuatu permasalahan yang wujud. 

Jenis data boleh dikategorikan kepada dua kelas, iaitu 

  1. data primitif 
  2. data bukan primitif
Rujuk rajah di bawah


Pemilihan dan Penggunaan Jenis Data yang Bersesuaian 

Pemilihan dan penggunaan data yang sesuai amat penting dalam sesebuah aturcara supaya aturcara dapat dibangunkan tanpa ralat sintaks. 

Jenis data bagi pemboleh ubah dan pemalar yang menentukan jenis maklumat akan disimpan dalam ruang ingatan yang diperuntukkan. 

Penggunaan jenis data yang sesuai juga berfungsi sebagai penanda aras kepada sesuatu pemboleh ubah itu sama ada pemboleh ubah tersebut menyimpan 

  • data yang tetap
  • data yang boleh dikira 
  • huruf
  • nombor perpuluhan 
  • data yang mempunyai pilihan benar atau palsu



Apakah integer? 

Integer merangkumi semua nombor yang tidak mempunyai pecahan atau perpuluhan. Integer ialah nombor asal yang lebih besar daripada bait. Integer boleh bernilai antara –2147483648 hingga 2147483648.


Apakah nombor nyata? 

Nombor nyata ialah nombor yang terdiri daripada semua nombor yang mempunyai titik perpuluhan atau bahagian pecahan. 

Nombor nyata bernilai antara: 1.79769313486231e308 hingga 4.94065645841247e-324, jika nombor adalah negatif, 
dan 
1.79769313486231E308 hingga 4.94065645841247E-324, 
jika nombor adalah positif.

Apakah aksara/rentetan? 

Aksara dan rentetan merupakan data dalam bentuk ruang kosong (space), teks, perkataan atau nilai yang mengandungi susunan aksara atau simbol.

Apakah Boolean? 

Boolean ialah data dalam bentuk pilihan, iaitu memilih salah satu daripada sesuatu yang "benar" (True) atau "palsu" (False).

Latihan:

Sila klik pautan di bawah untuk menguji kefahaman and tentang tajuk di atas

Latihan Jenis Data

No comments:

Post a Comment

SOALAN PENORMALAN KERJA KURSUS

  Link untuk menjawab soalan