Sunday, April 26, 2020

M26: FASA ANALISIS MASALAH & FASA REKA BENTUK PENYELESAIAN

1.7.1.1 FASA ANALISIS MASALAH (MS 169)

Fasa analisis masalah ialah proses mengenal pasti keperluan program dan mencari sebab sesuatu program dibina. 

Langkah-langkah sistematik harus dipatuhi untuk menyelesaikan masalah dan penting untuk kita memahami penyataan masalah dengan jelas. 

Permulaannya, analisis masalah yang dihadapi dengan menggunakan analisis IPO iaitu analisis input, proses dan output. Contoh yang berikut menunjukkan cara untuk membuat analisis masalah dengan menggunakan carta IPO.

Katakan anda dikehendaki menyelesaikan masalah kiraan gaji staf mengikut jam bekerja.

Penyelesaian: 

(a) Cara mengisi carta IPO adalah dengan menentukan penyelesaian yang dikehendaki iaitu gaji staf sebagai output. 
(b) Formula untuk hasilkan output ‘gaji staf’; iaitu kadar sejam bekerja didarabkan dengan bilangan jam bekerja. 
(c) Input untuk formula iaitu kadar sejam bekerja dan bilangan jam bekerja.


Analisis IPO bagi masalah di atas adalah seperti dalam jadual 1 di bawah



Jadual 1

1.7.1.2 FASA REKA BENTUK PENYELESAIAN (MS 169)

Fasa reka bentuk penyelesaian masalah dibuat setelah analisis IPO yang merupakan set keperluan untuk memulakan fasa mereka bentuk dilakukan. Walaupun projek yang kecil dan keperluan yang mudah, satu reka bentuk mental untuk pemahaman keperluan dengan penyelesaian perlu wujud. 

Fasa ini melihat kepada potensi penyelesaian yang wujud dan menentukan penyelesaian yang efektif dan efisien. Hal ini menjawab “bagaimana” membina penyelesaian terbaik.

Penggunaan algoritma ialah langkah awal bagi penyelesaian masalah dalam fasa reka bentuk penyelesaian. Pseudokod ialah aturan langkah yang ditulis dalam bahasa pertuturan manakala carta alir adalah satu perwakilan grafik yang menunjukkan langkah penyelesaian sesuatu masalah dan mempunyai hubung kait antara satu sama lain. Misalnya


Algoritma untuk mengira gaji staf: 


Dapatkan kadar sejam bekerja bagi staf. 
Kemudian, darabkan bilangan jam staf tersebut bekerja. 
Hasilnya ialah gaji staf tersebut.


Latihan:

Berdasarkan analisis IPO dalam Jadual 1, tuliskan pseudokod yang lengkap.

No comments:

Post a Comment

SOALAN PENORMALAN KERJA KURSUS

  Link untuk menjawab soalan