Tuesday, November 24, 2020
Sunday, November 15, 2020
Monday, August 31, 2020
SENARAI LINK BERKAITAN PENGATURCARAAN JAVA
VIDEO TUTORIAL ATURCARA JAVA
ALGORITMA DAN ATURCARA JAVA
ATURCARA JAVA
STRUKTUR MODULAR DAN TATA SUSUNAN
https://www.youtube.com/watch?v=Ub93J6tncpE
TATA SUSUNAN
CONTOH ATURCARA JAVA
CONTOH ATURCARA JAVA 2
https://www.programiz.com/java-programming/examples/add-numbers
Tuesday, July 21, 2020
Wednesday, June 24, 2020
LATIAHAN M30
Lukis gambar rajah hubungan yang bersesuaian berdasarkan situasi berikut
1. Dr Alina merawat Amira
2. Hasnul belajar di SMK Seri Raub
3. Muaz meminjam buku teks sejarah
4. Haikal meminjam buku cerita melayu klasik
5. Irma menggunakan netbook no. 10
Wednesday, June 17, 2020
M30: ENTITI, ATRIBUT DAN SET HUBUNGAN
Sila tonton video melalui pautan di bawah untuk pengukuhan tentang entiti, atribut dan set hubungan
https://www.youtube.com/watch?v=y6xOYn9YKI0&t=11s
Sila jawab latihan melalui pautan di bawah
sila klik
Monday, June 8, 2020
M28B: AKTIVITI BERKAITAN CIRI-CIRI DATA
Lakukan aktiviti secara individu
Isikan maklumat lima orang kawan dalam tingkatan 4 anda daripada tiga kelas yang berlainan
Monday, June 1, 2020
M28: PENGENALAN KEPADA PANGKALAN DATA
Sila tonton video melalui pautan di bawah (sila tonton sehingga durasi 6 minit 15 saat sahaja)
Rujukan buku teks muka sura 193 hingga 197
https://www.youtube.com/watch?v=saA8_CHvtqY&feature=youtu.be
Cuba jawab soalan di bawah:
1. Apakah perbezaan data dan maklumat?
2. Dengan merujuk kepada Sistem Analisis Peperiksaan (SAPS) nyatakn sekurang-kurangnya dua contoh data dan dua contoh maklumat di dalam sistem tersebut.
3. Senaraikan tiga jenis pengurusan data dan perbezaan antara ketiga-tiga jenis tersebut
Jawapan
No. 1
Data merupakan himpunan fakta mentah mengenai sesuatu benda, kejadian, orang atau entiti yang boleh terdiri daripada perkataan, angka atau gambar.
Maklumat merupakan hasil daripada pengumpulan, pemprosesan dan penganalisisan data yang boleh digunakan untuk membuat sesuatu keputusan.
No. 2
Contoh-contoh data dalam SAPS
nama
nombor mykad
markah
Contoh-contoh maklumat dalam SAPS
jumlah markah
peratus markah
kedudukan dalam kelas
Gred Purata
Sila rujuk contoh slip keputusam peperiksaan di bawah. Teks di dalam kotak biru adalah contoh-contoh data, manakala teks dalam kotak merah adalah contoh-contoh maklumat.
No. 3Tiga jenis pengurusan data
3.1. Pemprosesan Manual
3.2. Sistem Pemprosesan Fail
3.3. Sistem Pangkalan Data
3.1
Pemprosesan Manual tidak melibatkan penggunaan komputer. Pada peringkat ini, tenaga manusia diperlukan untuk mengendalikan data. Data yang telah diproses dimasukkan ke dalam fail dan kabinet mengikut aturan tertentu
3.2
Sistem Pemprosesan Fail menggunakan teknologi komputer yang menyimpan dokumen-dokumen dalam bentuk fail digital. Hal ini membolehkan aktiviti-aktiviti manual sebelum ini diproses secara automatik menggunakan sistem pengoperasian dan aplikasi komputer.
3.3
Sistem Pangkalan Data adalah lebih canggih daripada sistem pemprosesan fail kerana boleh menyimpan jumlah data yang banyak dalam ruang simpanan yang jauh lebih kecil. Sistem pangkalan data ialah sistem perisian yang menguruskan pangkalan data. Pangkalan data ialah koleksi data logikal yang berkaitan dan strukturnya membolehkan kandungannya dikeluarkan, diuruskan dan dikemas kini dengan mudah.
Perbezaan
Pemprosesan Manual tidak melibatkan penggunaan komputer.
Sistem Pemprosesan Fail menggunakan teknologi komputer yang menyimpan dokumen-dokumen dalam bentuk fail digital.
Sistem pangkalan data ialah sistem perisian yang menguruskan pangkalan data.
Monday, May 18, 2020
M27B: 1.7.2 PENCIPTAAN APLIKASI (APP) ATAU APLET
Aktiviti ini adalah berdasarkan tajuk muka surat 176 (hingga 184) buku teks
Paparan di atas adalah paparan antaramuka pengguna app diari yang boleh dimuat turun daripada Play store
Tugasan: Lakarkan/lukis semula paparan di atas dengan membuat penambahbaikan dari segi susunan, reka bentuk, grafik / ikon, warna, kreativiti dan lain-lain yang dirasakan perlu supaya paparan tersebut menjadi lebih menarik
Lakaran boleh dibuat menggunakan kertas atau laptop. Boleh menggunakan Bahasa Melayu untuk teks dalam paparan
Wednesday, May 13, 2020
1.3.3 PERBEZAAN PEMBOLEHUBAH SEJAGAT DAN SETEMPAT
Setiap pemboleh ubah dan pemalar mungkin wujud dan akan digunakan untuk keseluruhan atur cara atau hanya bagi satu fungsi.
Kewujudan pemboleh ubah atau pemalar dikenal sebagai kawasan yang keduaduanya boleh digunakan secara sah.
Pemboleh ubah dan pemalar bagi pengatur cara terdiri daripada dua skop iaitu:
a Pemboleh ubah sejagat (Global ) Pemboleh ubah sejagat hanya berfungsi dalam atur cara sahaja. • Penggunaan pemboleh ubah sejagat adalah semasa dalam fungsi atur cara sahaja. Apabila tatacara itu telah tamat, ruang memori yang diperuntukkan kepada pemboleh ubah dan pemalar juga akan tamat.
b Pemboleh ubah setempat (Local ) • Pemboleh ubah setempat hanya berfungsi dalam subatur cara yang diisytiharkan. • Digunakan dalam fungsi 'di mana' pemboleh ubah diisytiharkan, bermula 'dari mana' pemboleh ubah diisytiharkan dan bila penamat akhir tatacara tersebut.
Thursday, May 7, 2020
M27B - RALAT DALAM ATUR CARA
Tedapat tiga jenis ralat dalam atur cara seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah:
Dengan merujuk buku teks sub topik 1.7 – muka surat 168 hingga 175 sila jawab soalan quizizz di bawah secara santai. sila offkan timer pada quizizz tersebut sebelum klik pada play quiz.
Dengan merujuk buku teks sub topik 1.7 – muka surat 168 hingga 175 sila jawab soalan quizizz di bawah secara santai. sila offkan timer pada quizizz tersebut sebelum klik pada play quiz.
Sunday, May 3, 2020
M27: FASA UJI DAN NYAH RALAT
Dalam fasa ini, kod atur cara yang siap dibina akan diuji.
Fasa pengujian memainkan peranan penting dalam SDLC. Fasa ini mempunyai beberapa tujuan seperti yang berikut:
- Memastikan semua keperluan dipenuhi.
- Memastikan semua pengekodan berfungsi seperti yang dikehendaki.
- Memastikan semua modul boleh berfungsi bila digabungkan.
- Mendapatkan maklum balas daripada pengguna sistem untuk tujuan pembetulan dan penambahbaikan.
- Melibatkan pengguna sepenuhnya di peringkat pembangunan.
- Mengesan ralat yang tercicir.
- Membantu pasukan projek membuat dokumentasi dengan mengesan kesilapan oleh pengguna.
- Menyimpan keputusan ujian sebagai bukti penyempurnaan pembangunan sistem. Semakan kod (code review) dilakukan untuk mengesan ralat. Pengatur cara akan merujuk log yang dipaparkan untuk membetulkan dan membuang ralat yang dikesan.
Wednesday, April 29, 2020
M26B: FASA PELAKSANAAN DAN PENYELESAIAN
FASA PELAKSANAAN DAN PENYELESAIAN
Tujuan utama fasa perlaksanaan penyelesaian adalah untuk mengubah reka bentuk kepada program (aturcara) yang akan dipasang pada perkakasan dan bersedia untuk melaksanakan penyelesaian.
Selain itu, fasa ini bertujuan untuk membina dan menghasilkan sistem yang dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Aktiviti pembangunan aplikasi melibatkan pengekodan. Pengekodan memerlukan bahasa pengaturcaraan seperti Java, Javascript dan sebagainya. Pengekodan juga mengubah spesifikasi program kepada kod sumber.
Pengkompilan ialah proses menukar kod pengaturcaraan kepada kod boleh laksana (executable).
Aturcara java yang terhasil adalah

Setelah menyediakan pseudokod dan carta alir, kita boleh ke langkah seterusnya iaitu pelaksanaan penyelesaian untuk mencari gaji staf dengan menulis kod atur cara.
Jenis data yang digunakan ialah integer untuk pemboleh ubah bilangan jam bekerja iaitu ‘bilJam’, manakala double digunakan untuk pemboleh ubah kadar sejam seseorang itu bekerja dan gaji staf.
Nama pemboleh ubah yang digunakan ialah ‘gajistaf’ dan ‘kadarsj’.
Penyelesaian aritmetik yang dilakukan ialah mendarab kadar sejam bekerja dengan bilangan jam bekerja.
Hasil daripada aplikasi ini akan memaparkan gaji staf.

Latihan
Berdasaarkan pseudokod di bawah hasilkan aturcara java yang betul. Sila rujuk aturcara java di atas sebagai panduan.
1. Mula
2. Input kadar_sejam,
bilangan_jam_bekerja
3. Gaji staf = kadar_sejam
× bilangan_jam_bekerja
4. Cetak gaji_staf
5. Tamat
Sunday, April 26, 2020
M26: FASA ANALISIS MASALAH & FASA REKA BENTUK PENYELESAIAN
1.7.1.1 FASA ANALISIS MASALAH (MS 169)
Fasa analisis masalah ialah proses mengenal pasti keperluan program dan mencari sebab sesuatu program dibina.
Langkah-langkah sistematik harus dipatuhi untuk menyelesaikan masalah dan penting untuk kita memahami penyataan masalah dengan jelas.
Permulaannya, analisis masalah yang dihadapi dengan menggunakan analisis IPO iaitu analisis input, proses dan output. Contoh yang berikut menunjukkan cara untuk membuat analisis masalah dengan menggunakan carta IPO.
Katakan anda dikehendaki menyelesaikan masalah kiraan gaji staf mengikut jam bekerja.
Penyelesaian:
(a) Cara mengisi carta IPO adalah dengan menentukan penyelesaian yang dikehendaki iaitu gaji staf sebagai output.
(b) Formula untuk hasilkan output ‘gaji staf’; iaitu kadar sejam bekerja didarabkan dengan bilangan jam bekerja.
(c) Input untuk formula iaitu kadar sejam bekerja dan bilangan jam bekerja.
Analisis IPO bagi masalah di atas adalah seperti dalam jadual 1 di bawah

Jadual 1
1.7.1.2 FASA REKA BENTUK PENYELESAIAN (MS 169)
Fasa reka bentuk penyelesaian masalah dibuat setelah analisis IPO yang merupakan set keperluan untuk memulakan fasa mereka bentuk dilakukan. Walaupun projek yang kecil dan keperluan yang mudah, satu reka bentuk mental untuk pemahaman keperluan dengan penyelesaian perlu wujud.
Fasa ini melihat kepada potensi penyelesaian yang wujud dan menentukan penyelesaian yang efektif dan efisien. Hal ini menjawab “bagaimana” membina penyelesaian terbaik.
Penggunaan algoritma ialah langkah awal bagi penyelesaian masalah dalam fasa reka bentuk penyelesaian. Pseudokod ialah aturan langkah yang ditulis dalam bahasa pertuturan manakala carta alir adalah satu perwakilan grafik yang menunjukkan langkah penyelesaian sesuatu masalah dan mempunyai hubung kait antara satu sama lain. Misalnya
Algoritma untuk mengira gaji staf:
Dapatkan kadar sejam bekerja bagi staf.
Kemudian, darabkan bilangan jam staf tersebut bekerja.
Hasilnya ialah gaji staf tersebut.
Latihan:
Berdasarkan analisis IPO dalam Jadual 1, tuliskan pseudokod yang lengkap.
Tuesday, April 21, 2020
M25: PEMBANGUNAN APLIKASI
Kitaran Hayat Pembangunan Sistem (Software development Life Cycle -SDLC)
(MS 168-175)
Kitaran Hayat Pembangunan Sistem (Software development Life Cycle -SDLC) juga dikenali sebagai kitaran hayat pembangunan aplikasi.
Kitaran hayat pembangunan aplikasi ialah istilah yang digunakan dalam kejuruteraan sistem dan perisian, sistem maklumat, dan pembangunan aplikasi yang menjelaskan proses
sesuatu aplikasi atau perisian.
SDLC terdiri daripada satu kitaran fasa yang berjujukan dan menjadikannya sebagai pelan tindakan yang berkesan kepada pasukan projek.
Selain itu, SDLC bantu mengesan status bagi penyempurnaan projek tersebut. Metodologi umum yang terdapat bagi SDLC ialah
Model hibrid pula ialah kombinasi yang terdiri daripada beberapa model.
Dokumentasi adalah penting tanpa mengira model yang digunakan dan selalunya seiring dengan proses pembangunan. Misalnya, ada kaedah yang sesuai dengan jenis projek yang spesifik tetapi dalam analisis terakhir, faktor terpenting ialah kejayaan projek yang dibangunkan.
Model air terjun digunakan sebagai model pembangunan aplikasi memandangkan model ini mirip kepada proses-proses dalam SDLC. Model ini merupakan model terawal, mudah difahami dan mudah diuruskan. Model air terjun mengandungi lima fasa secara umumnya, di mana setiap fasa dalam model air terjun distrukturkan iaitu satu fasa perlu diselesaikan sebelum ke fasa berikutnya. Maklumat bagi setiap fasa diperlukan untuk fasa yang berikutnya dan tidak boleh berpatah balik.

- merancang,
- mereka bentuk
- menguji dan
- mengimplementasi
sesuatu aplikasi atau perisian.
SDLC terdiri daripada satu kitaran fasa yang berjujukan dan menjadikannya sebagai pelan tindakan yang berkesan kepada pasukan projek.
Selain itu, SDLC bantu mengesan status bagi penyempurnaan projek tersebut. Metodologi umum yang terdapat bagi SDLC ialah
- model air terjun (Waterfall model ),
- model RAD (Rapid Application Development model ),
- model lelaran (Iterative model ),
- model lingkaran (Spiral model ) dan
- model tangkas (Agile model ).
Model hibrid pula ialah kombinasi yang terdiri daripada beberapa model.
Dokumentasi adalah penting tanpa mengira model yang digunakan dan selalunya seiring dengan proses pembangunan. Misalnya, ada kaedah yang sesuai dengan jenis projek yang spesifik tetapi dalam analisis terakhir, faktor terpenting ialah kejayaan projek yang dibangunkan.
Model air terjun digunakan sebagai model pembangunan aplikasi memandangkan model ini mirip kepada proses-proses dalam SDLC. Model ini merupakan model terawal, mudah difahami dan mudah diuruskan. Model air terjun mengandungi lima fasa secara umumnya, di mana setiap fasa dalam model air terjun distrukturkan iaitu satu fasa perlu diselesaikan sebelum ke fasa berikutnya. Maklumat bagi setiap fasa diperlukan untuk fasa yang berikutnya dan tidak boleh berpatah balik.
1. Fasa Analisis Masalah
Fasa analisis masalah ialah proses mengenal pasti keperluan program dan mencari sebab sesuatu program dibina.
Langkah-langkah sistematik harus dipatuhi untuk menyelesaikan masalah dan penting untuk kita memahami penyataan masalah dengan jelas.
Permulaannya, analisis masalah yang dihadapi dengan menggunakan analisis IPO iaitu analisis input, proses dan output.

2. Fasa Reka bentuk Penyelesaian
Fasa reka bentuk penyelesaian masalah dibuat setelah analisis IPO yang merupakan set keperluan untuk memulakan fasa mereka bentuk dilakukan.
Walaupun projek yang kecil dan keperluan yang mudah, satu reka bentuk mental untuk pemahaman keperluan dengan penyelesaian perlu wujud.
Fasa ini melihat kepada potensi penyelesaian yang wujud dan menentukan penyelesaian yang efektif dan efisien. Hal ini menjawab “bagaimana” membina penyelesaian terbaik.
Walaupun projek yang kecil dan keperluan yang mudah, satu reka bentuk mental untuk pemahaman keperluan dengan penyelesaian perlu wujud.
Fasa ini melihat kepada potensi penyelesaian yang wujud dan menentukan penyelesaian yang efektif dan efisien. Hal ini menjawab “bagaimana” membina penyelesaian terbaik.
3. Fasa Pelaksanaan Penyelesaian
Tujuan utama fasa perlaksanaan penyelesaian adalah untuk mengubah reka bentuk kepada program yang akan dipasang pada perkakasan dan bersedia untuk melaksanakan penyelesaian.
Selain itu, fasa ini bertujuan untuk membina dan menghasilkan sistem yang dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Selain itu, fasa ini bertujuan untuk membina dan menghasilkan sistem yang dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi.
4. Fasa Uji dan Nyah ralat
Dalam fasa ini, kod atur cara yang siap dibina akan diuji. Fasa pengujian memainkan peranan penting dalam SDLC.
Fasa ini mempunyai beberapa tujuan seperti yang berikut:
a Memastikan semua keperluan dipenuhi.
b Memastikan semua pengekodan berfungsi seperti yang dikehendaki.
c Memastikan semua modul boleh berfungsi bila digabungkan.
d Mendapatkan maklum balas daripada pengguna sistem untuk tujuan pembetulan dan
penambahbaikan.
e Melibatkan pengguna sepenuhnya di peringkat pembangunan.
f Mengesan ralat yang tercicir.
g Membantu pasukan projek membuat dokumentasi dengan mengesan kesilapan oleh
pengguna.
h Menyimpan keputusan ujian sebagai bukti penyempurnaan pembangunan sistem.

5. Fasa Dokumentasi
Dokumentasi merupakan suatu proses mengutip dan mengumpulkan data, mengumpulkan maklumat dan ringkasan seperti laporan pengujian yang dijalankan, carta alir, kod atur cara dan juga carta IPO.
Dokumen-dokumen ini adalah sangat penting untuk rujukan pengguna sistem, pegawai IT dan juga kakitangan baharu di setiap fasa.
Sebagai contoh, carta Gantt ialah dokumen penting kerana carta Gantt menetapkan tarikh akhir untuk setiap peringkat pembangunan.

Sunday, April 19, 2020
M13: JENIS DATA
Dalam pembelajaran yang lalu kita telah mempelajari bahawa jenis data dalam bahasa pengaturcaraan merujuk satu set data yang mempunyai nilai dan ciri-ciri yang telah ditetapkan.
Data merupakan satu elemen yang memainkan peranan yang penting dalam sesebuah pengaturcaraan. Data yang dimasukkan dalam pengaturcaraan akan diproses untuk menghasilkan output bagi sesuatu permasalahan yang wujud.
Jenis data boleh dikategorikan kepada dua kelas, iaitu
Pemilihan dan Penggunaan Jenis Data yang Bersesuaian
Pemilihan dan penggunaan data yang sesuai amat penting dalam sesebuah aturcara supaya aturcara dapat dibangunkan tanpa ralat sintaks.
Jenis data bagi pemboleh ubah dan pemalar yang menentukan jenis maklumat akan disimpan dalam ruang ingatan yang diperuntukkan.
Penggunaan jenis data yang sesuai juga berfungsi sebagai penanda aras kepada sesuatu pemboleh ubah itu sama ada pemboleh ubah tersebut menyimpan
Apakah integer?
Integer merangkumi semua nombor yang tidak mempunyai pecahan atau perpuluhan. Integer ialah nombor asal yang lebih besar daripada bait. Integer boleh bernilai antara –2147483648 hingga 2147483648.
Apakah nombor nyata?
Nombor nyata ialah nombor yang terdiri daripada semua nombor yang mempunyai titik perpuluhan atau bahagian pecahan.
Nombor nyata bernilai antara: 1.79769313486231e308 hingga 4.94065645841247e-324, jika nombor adalah negatif,
dan
1.79769313486231E308 hingga 4.94065645841247E-324,
jika nombor adalah positif.

- data primitif
- data bukan primitif
Rujuk rajah di bawah
Pemilihan dan Penggunaan Jenis Data yang Bersesuaian
Pemilihan dan penggunaan data yang sesuai amat penting dalam sesebuah aturcara supaya aturcara dapat dibangunkan tanpa ralat sintaks.
Jenis data bagi pemboleh ubah dan pemalar yang menentukan jenis maklumat akan disimpan dalam ruang ingatan yang diperuntukkan.
Penggunaan jenis data yang sesuai juga berfungsi sebagai penanda aras kepada sesuatu pemboleh ubah itu sama ada pemboleh ubah tersebut menyimpan
- data yang tetap
- data yang boleh dikira
- huruf
- nombor perpuluhan
- data yang mempunyai pilihan benar atau palsu
Apakah integer?
Integer merangkumi semua nombor yang tidak mempunyai pecahan atau perpuluhan. Integer ialah nombor asal yang lebih besar daripada bait. Integer boleh bernilai antara –2147483648 hingga 2147483648.
Apakah nombor nyata?
Nombor nyata ialah nombor yang terdiri daripada semua nombor yang mempunyai titik perpuluhan atau bahagian pecahan.
Nombor nyata bernilai antara: 1.79769313486231e308 hingga 4.94065645841247e-324, jika nombor adalah negatif,
dan
1.79769313486231E308 hingga 4.94065645841247E-324,
jika nombor adalah positif.
Apakah aksara/rentetan?
Aksara dan rentetan merupakan data dalam bentuk ruang kosong (space), teks, perkataan atau nilai yang mengandungi susunan aksara atau simbol.
Apakah Boolean?
Boolean ialah data dalam bentuk pilihan, iaitu memilih salah satu daripada sesuatu yang "benar" (True) atau "palsu" (False).
Latihan:
Sila klik pautan di bawah untuk menguji kefahaman and tentang tajuk di atas
Latihan Jenis Data
Sila klik pautan di bawah untuk menguji kefahaman and tentang tajuk di atas
Latihan Jenis Data
Tuesday, April 14, 2020
M13: PEMBOLEHUBAH, PEMALAR DAN JENIS DATA
Pembolehubah atau pemalar dalam Java, perlu diisytiharkan sebelum digunakan.
Konsep dan prosedurnya adalah sama seperti ingin melancong ke luar negara, iaitu seseorang individu perlu mengisytiharkan barang yang ada di dalam bagasi di pejabat Kastam.
Dalam proses pengaturcaraan, seorang pengatur cara perlu mengisytiharkan jenis data yang diperlukan dalam sesuatu program yang hendak dilaksanakan.
Pembolehubah
Pembolehubah ialah ruang simpanan sementara untuk nombor, teks dan objek.
Nilai pembolehubah sentiasa berubah semasa berlakunya pemprosesan dan tidak akan memegang sebarang nilai selepas program tamat.
Pengaturcara perlu memberikan nama kepada setiap pembolehubah yang digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam program yang dibangunkan.
Pengaturcara menggunakan nama pemboleh ubah sebagai nama rujukan untuk nilai spesifik pemboleh ubah tersebut. Komputer pula akan menggunakan nama pemboleh ubah tersebut sebagai rujukannya untuk mencari nilai pemboleh ubah itu dalam memorinya.
Pembolehubah merupakan elemen dalam pengaturcaraan dan nilainya boleh berubah pada bila-bila masa sewaktu proses pengaturcaraan dilaksanakan.
Contoh yang lain adalah dalam situasi kos sepasang kasut.
Item input ini perlu diberikan satu nama pemboleh ubah kerana kos sepasang kasut mungkin berubah mengikut jenis kasut. Nama pembolehubah sepatutnya konsisten dengan nilai pembolehubah.
Dalam kes ini, nama pembolehubah ialah kosKasut kerana nama ini merujuk kos sepasang kasut. Sekiranya kos sepasang kasut berubah, nilai pembolehubah akan berubah tetapi nama pembolehubah tidak akan berubah.
Pemalar
Sewaktu proses pengaturcaraan dilaksanakan, nilai pemalar adalah tetap dan tidak akan berubah.
Pemalar biasanya digunakan semasa pengaturcara ingin mengisytiharkan nilai yang tidak berubah.
Contohnya:
- nilai Pi (π)
- bilangan hari dalam seminggu
- bilangan jam dalam sehari
- kadar pertukaran nilai mata wang Malaysia
Jika ingin menggunakan nilai seperti ini, pengaturcara perlu mengisytiharkannya sebagai pemalar.
Jenis Data
Jenis data dalam bahasa pengaturcaraan merujuk satu set data yang mempunyai nilai dan ciri-ciri yang telah ditetapkan.
Jenis data dan contoh penggunaan nilai yang dibenarkan adalah seperti dalam Jadual 1.6.
Data merupakan satu elemen yang memainkan peranan yang penting dalam sesebuah pengaturcaraan. Data yang dimasukkan dalam pengaturcaraan akan diproses untuk menghasilkan output bagi sesuatu permasalahan yang wujud.
Latihan:
Berdasarkan aturcara java di atas, tuliskan aturcara yang mengira jumlah dua nombor dan memaparkan nilai jumlah tersebut. Gunakan nama pembolehubah-pembolehubah berikut:
- nombor1
- nombor2
- jumlah
Saturday, April 11, 2020
M13: MENUKAR ALGORITMA KEPADA BAHASA PENGATURCARAAN
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bahasa pengaturcaraan ialah teknik komunikasi piawai untuk menjelaskan arahan kepada komputer. Ia merupakan satu set peraturan sintaktik (syntactic) dan semantik (semantic) yang digunakan untuk menghasilkan sebuah atur cara komputer. Bahasa pengaturcaraan membenarkan pengaturcara (Programmer) menspesifikasikan secara terperinci perkara-perkara berikut:-
- data yang diperlu diproses oleh komputer
- bagaimana data disimpan atau dihantar
- apa yang perlu dilakukan dalam pelbagai keadaan secara lebih mendalam (algoritma)
Pada dasarnya, pengaturcaraan adalah suatu kaedah memberi arahan kepada komputer untuk menjalankan sesuatu tugas
Kaedah pemberian arahan atau perintah pada asasnya adalah dalam bentuk kod binari. Disebabkan kaedah pengaturcaraan telah mengalami evolusi yang sentiasa berkembang pesat, arahan atau perintah kepada komputer juga semakin rumit, maka ia ditulis dalam bentuk kod.
Seorang pengaturcara biasanya memerlukan kemahiran mengaturcara untuk menulis kod sumber (coding) berdasarkan suatu daya pemikiran logik,kreativiti luar biasa, kesabaran tinggi, kebolehan memahami sesuatu perkara secara mendalam dan terperinci, dan kebolehan mentaakul aras tinggi untuk menyusun set perintah dengan teratur, tidak bercelaru, mudah difahami dan mudah dibuat penyeleranggaan kod.
Setiap baris algoritma yang direka bentuk dapat ditukarkan kepada kod komputer. Algoritma berbentuk universal. Oleh itu, simbol dan perkataan yang digunakan tidak perlu bersandarkan kepada mana-mana bahasa pengaturcaraan. Banyak lagi bahasa pengaturcaraan yang sering digunakan termasuklah Visual Basic (VB), Java, C# dan lain-lain
Jadual di bawah menunjukkan penterjemahan pseudokod kepada bahasa pengaturcaraan Java
Sila klik pautan video di bawah untuk menonton videoyang akan menunjukkan bagaimana cara menukarkan satu contoh algoritma dalam bentuk pseudokod kepada bahasa pengaturcaraan Java, PHP dan Python. Dalam bab 1 Sains Komputer Tingkatan 4, kita akan mempelajari bahasa Pengaturcaraan Java.

https://www.youtube.com/watch?v=geYGhBrFZgc&feature=youtu.be
Latihan
Tukarkan pseudokod di bawah kepada Bahasa Java. Tulis jawapan anda di atas sehelai kertas kajang, A4 atau sebarang kertas yang sesuai.
1 Mula
2 Input tahun_lahir
3 umur = tahun_semasa - tahun_lahir
4 Output umur
5 Tamat
Subscribe to:
Posts (Atom)
SOALAN PENORMALAN KERJA KURSUS
Link untuk menjawab soalan
-
Setiap pemboleh ubah dan pemalar mungkin wujud dan akan digunakan untuk keseluruhan atur cara atau hanya bagi satu fungsi. Kewujudan pem...
-
Dalam fasa ini, kod atur cara yang siap dibina akan diuji. Fasa pengujian memainkan peranan penting dalam SDLC. Fasa ini mempunyai beber...
-
Pembolehubah atau pemalar dalam Java, perlu diisytiharkan sebelum digunakan. Konsep dan prosedurnya adalah sama seperti ingin melancon...