Monday, March 23, 2020

M12: ALGORITMA


Terdapat tiga ciri-ciri algoritma seperti di bawah:


Sebelum menulis algoritma untuk suatu masalah, analisa IPO perlu dibuat. 

Analisis IPO adalah untuk mengenal pasti 
1. input
2. proses untuk mengubah nilai data kepada maklumat 
3. output maklumat setelah proses. 

Contoh
Satu aturcara ringkas meminta pengguna memasukkan tahun kelahiran. 
Perisian kemudiannya menentukan dan memaparkan umur di skrin. 
Bina jadual Analisis IPO

Analisis IPO



Nota: tanda _ digunakan sebagai penghubung dua perkataan untuk membolehkan kita menggunakan perkataan yang sama/seragam apabila kita menukarkan pseudokod / carta alir kepada aturcara

Perwakilan Algoritma 
Terdapat dua format perwakilan algoritma, iaitu pseudokod dan carta alir. 
Pseudokod - senarai struktur kawalan komputer yang ditulis dalam bahasa pertuturan manusia dan mempunyai nombor turutan. 
Carta alir - alternatif kepada pseudokod menggunakan simbol grafik untuk mewakili arahanarahan penyelesaian.

Tiga struktur kawalan algoritma
1 Struktur kawalan urutan 
2 Struktur kawalan pilihan  
3 Struktur kawalan ulangan


Pseudokod 
  • Pseudokod bukanlah bahasa pengaturcaraan komputer. 
  • Arahan ditulis dalam bahasa pertuturan harian. 
  • Setiap arahan ialah ungkapan matematik, ungkapan logik, penggunaan struktur kawalan ataupun penggunaan fungsi komputer (contohnya membaca input). 
  • Setiap arahan diletakkan dalam baris baharu yang diberikan nombor siri. 
  • Langkah-langkah menulis pseudokod: 
       1 Mula
       2 Input  / Masukkan 
       3 Proses data menggunakan ungkapan logik atau matematik. 
       4 Output / Cetak / Papar  
       5 Tamat

Contoh

Tulis pseudokod yang meminta pengguna memasukkan tahun kelahiran. 
Perisian kemudiannya menentukan dan memaparkan umur di skrin. 

Jawapan

       1 Mula
       2 Input tahun_lahir
       3 umur = tahun_semasa - tahun_lahir
       4 Output umur 
       5 Tamat

Contoh

Lakarkan carta alir yang meminta pengguna memasukkan tahun kelahiran. 
Perisian kemudiannya menentukan dan memaparkan umur di skrin. 

Jawapan




Latihan:

Dengan menggunakan kertas kajang (test pad) / kertas A4 / sebarang jenis kertas yang ada, bina jadual Analisis IPO untuk semua lima soalan Kerja Rumah Cuti Pertengahan Penggal 1 (Rujuk hantaran blog sebelum ini). 

Thursday, March 12, 2020

MINGGU CUTI SEKOLAH 15-20 MAC 2020


ARAHAN: JAWAB PADA KERTAS A4 ATAU TEST PAD. TULISKAN NOMBOR SOALAN SAHAJA. SOALAN TIDAK PERLU DISALIN



SOALAN PENORMALAN KERJA KURSUS

  Link untuk menjawab soalan