Terdapat tiga ciri-ciri algoritma seperti di bawah:
Sebelum menulis algoritma untuk suatu masalah, analisa IPO perlu dibuat.
Analisis IPO adalah untuk mengenal pasti
1. input
2. proses untuk mengubah nilai data kepada maklumat
3. output maklumat setelah proses.
Contoh
Satu aturcara ringkas meminta pengguna memasukkan tahun kelahiran.
Perisian kemudiannya menentukan dan memaparkan umur di skrin.
Bina jadual Analisis IPO
Analisis IPO
Nota: tanda _ digunakan sebagai penghubung dua perkataan untuk membolehkan kita menggunakan perkataan yang sama/seragam apabila kita menukarkan pseudokod / carta alir kepada aturcara
Perwakilan Algoritma
Terdapat dua format perwakilan algoritma, iaitu pseudokod dan carta alir.
• Pseudokod - senarai struktur kawalan komputer yang ditulis dalam bahasa pertuturan manusia dan mempunyai nombor turutan.
• Carta alir - alternatif kepada pseudokod menggunakan simbol grafik untuk mewakili arahanarahan penyelesaian.
Tiga struktur kawalan algoritma
1 Struktur kawalan urutan
2 Struktur kawalan pilihan
3 Struktur kawalan ulangan
Pseudokod
- Pseudokod bukanlah bahasa pengaturcaraan komputer.
- Arahan ditulis dalam bahasa pertuturan harian.
- Setiap arahan ialah ungkapan matematik, ungkapan logik, penggunaan struktur kawalan ataupun penggunaan fungsi komputer (contohnya membaca input).
- Setiap arahan diletakkan dalam baris baharu yang diberikan nombor siri.
- Langkah-langkah menulis pseudokod:
1 Mula
2 Input / Masukkan
3 Proses data menggunakan ungkapan logik atau matematik.
4 Output / Cetak / Papar
5 Tamat
Contoh
Tulis pseudokod yang meminta pengguna memasukkan tahun kelahiran.
Perisian kemudiannya menentukan dan memaparkan umur di skrin.
Jawapan
1 Mula
2 Input tahun_lahir
3 umur = tahun_semasa - tahun_lahir
4 Output umur
5 Tamat
Contoh
Lakarkan carta alir yang meminta pengguna memasukkan tahun kelahiran.
Perisian kemudiannya menentukan dan memaparkan umur di skrin.
Jawapan
Latihan:
Dengan menggunakan kertas kajang (test pad) / kertas A4 / sebarang jenis kertas yang ada, bina jadual Analisis IPO untuk semua lima soalan Kerja Rumah Cuti Pertengahan Penggal 1 (Rujuk hantaran blog sebelum ini).
No comments:
Post a Comment