Wednesday, June 24, 2020

LATIAHAN M30


Lukis gambar rajah hubungan yang bersesuaian berdasarkan situasi berikut
1. Dr Alina merawat Amira
2. Hasnul belajar di SMK Seri Raub
3. Muaz meminjam buku teks sejarah
4. Haikal meminjam buku cerita melayu klasik
5. Irma menggunakan netbook no. 10

Wednesday, June 17, 2020

M30: ENTITI, ATRIBUT DAN SET HUBUNGAN









Sila tonton video melalui pautan di bawah untuk pengukuhan tentang entiti, atribut dan set hubungan

https://www.youtube.com/watch?v=y6xOYn9YKI0&t=11s

Sila jawab latihan melalui pautan di bawah

sila klik

Monday, June 8, 2020

M28B: AKTIVITI BERKAITAN CIRI-CIRI DATA


Lakukan aktiviti secara individu

Isikan maklumat lima orang kawan dalam tingkatan 4 anda daripada tiga kelas yang berlainan


Dengan menggunakan maklumat lima orang yang sama seperti di atas dengan menggunakan jadual di bawah: (Anda boleh menggunakan kertas yang sama atau kertas yang berlainan)


Monday, June 1, 2020

M28: PENGENALAN KEPADA PANGKALAN DATA


Sila tonton video melalui pautan di bawah (sila tonton sehingga durasi  6 minit 15 saat sahaja)
Rujukan buku teks muka sura 193 hingga 197

https://www.youtube.com/watch?v=saA8_CHvtqY&feature=youtu.be


Cuba jawab soalan di bawah:
1. Apakah perbezaan data dan maklumat?
2. Dengan merujuk kepada Sistem Analisis Peperiksaan (SAPS) nyatakn sekurang-kurangnya dua contoh data dan dua contoh maklumat di dalam sistem tersebut.
3. Senaraikan tiga jenis pengurusan data dan perbezaan antara ketiga-tiga jenis tersebut

Jawapan

No. 1
Data merupakan himpunan fakta mentah mengenai sesuatu benda, kejadian, orang atau entiti yang boleh terdiri daripada perkataan, angka atau gambar. 

Maklumat merupakan hasil daripada pengumpulan, pemprosesan dan penganalisisan data yang boleh digunakan untuk membuat sesuatu keputusan.

No. 2
Contoh-contoh data dalam SAPS
nama
nombor mykad
markah

Contoh-contoh maklumat dalam SAPS
jumlah markah
peratus markah
kedudukan dalam kelas
Gred Purata

Sila rujuk contoh slip keputusam peperiksaan di bawah. Teks di dalam kotak biru adalah contoh-contoh data, manakala teks dalam kotak merah adalah contoh-contoh maklumat.




No. 3Tiga jenis pengurusan data

3.1. Pemprosesan Manual 
3.2. Sistem Pemprosesan Fail 
3.3. Sistem Pangkalan Data 

3.1
Pemprosesan Manual tidak melibatkan penggunaan komputer. Pada peringkat ini, tenaga manusia diperlukan untuk mengendalikan data. Data yang telah diproses dimasukkan ke dalam fail dan kabinet mengikut aturan tertentu

3.2
Sistem Pemprosesan Fail menggunakan teknologi komputer yang menyimpan dokumen-dokumen dalam bentuk fail digital. Hal ini membolehkan aktiviti-aktiviti manual sebelum ini diproses secara automatik menggunakan sistem pengoperasian dan aplikasi komputer. 

3.3
Sistem Pangkalan Data adalah lebih canggih daripada sistem pemprosesan fail kerana boleh menyimpan jumlah data yang banyak dalam ruang simpanan yang jauh lebih kecil. Sistem pangkalan data ialah sistem perisian yang menguruskan pangkalan data. Pangkalan data ialah koleksi data logikal yang berkaitan dan strukturnya membolehkan kandungannya dikeluarkan, diuruskan dan dikemas kini dengan mudah. 

Perbezaan
Pemprosesan Manual tidak melibatkan penggunaan komputer.
Sistem Pemprosesan Fail menggunakan teknologi komputer yang menyimpan dokumen-dokumen dalam bentuk fail digital.
Sistem pangkalan data ialah sistem perisian yang menguruskan pangkalan data. 




SOALAN PENORMALAN KERJA KURSUS

  Link untuk menjawab soalan