Monday, May 18, 2020

M27B: 1.7.2 PENCIPTAAN APLIKASI (APP) ATAU APLET

Aktiviti ini adalah berdasarkan tajuk muka surat 176 (hingga 184) buku teks



Paparan di atas adalah paparan antaramuka pengguna app diari yang boleh dimuat turun daripada Play store

Tugasan: Lakarkan/lukis semula paparan di atas dengan membuat penambahbaikan dari segi susunan, reka bentuk, grafik / ikon, warna,  kreativiti dan lain-lain yang dirasakan perlu supaya paparan tersebut menjadi lebih menarik

Lakaran boleh dibuat menggunakan kertas atau laptop. Boleh menggunakan Bahasa Melayu untuk teks dalam paparan

Wednesday, May 13, 2020

1.3.3 PERBEZAAN PEMBOLEHUBAH SEJAGAT DAN SETEMPAT


Setiap pemboleh ubah dan pemalar mungkin wujud dan akan digunakan untuk keseluruhan atur cara atau hanya bagi satu fungsi. 

Kewujudan pemboleh ubah atau pemalar dikenal sebagai kawasan yang keduaduanya boleh digunakan secara sah. 

Pemboleh ubah dan pemalar bagi pengatur cara terdiri daripada dua skop iaitu: 
a Pemboleh ubah sejagat (Global ) Pemboleh ubah sejagat hanya berfungsi dalam atur cara sahaja. Penggunaan pemboleh ubah sejagat adalah semasa dalam fungsi atur cara sahaja. Apabila tatacara itu telah tamat, ruang memori yang diperuntukkan kepada pemboleh ubah dan pemalar juga akan tamat. 

b Pemboleh ubah setempat (Local ) Pemboleh ubah setempat hanya berfungsi dalam subatur cara yang diisytiharkan. Digunakan dalam fungsi 'di mana' pemboleh ubah diisytiharkan, bermula 'dari mana' pemboleh ubah diisytiharkan dan bila penamat akhir tatacara tersebut.




Thursday, May 7, 2020

M27B - RALAT DALAM ATUR CARA

Tedapat tiga jenis ralat dalam atur cara seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah:


Dengan merujuk buku teks sub topik 1.7 – muka surat 168 hingga 175 sila jawab soalan quizizz di bawah secara santai. sila offkan timer pada quizizz tersebut sebelum klik pada play quiz.


Sunday, May 3, 2020

M27: FASA UJI DAN NYAH RALAT


Dalam fasa ini, kod atur cara yang siap dibina akan diuji. 

Fasa pengujian memainkan peranan penting dalam SDLC. Fasa ini mempunyai beberapa tujuan seperti yang berikut:


  1. Memastikan semua keperluan dipenuhi. 
  2. Memastikan semua pengekodan berfungsi seperti yang dikehendaki. 
  3. Memastikan semua modul boleh berfungsi bila digabungkan. 
  4. Mendapatkan maklum balas daripada pengguna sistem untuk tujuan pembetulan dan penambahbaikan. 
  5. Melibatkan pengguna sepenuhnya di peringkat pembangunan. 
  6. Mengesan ralat yang tercicir. 
  7. Membantu pasukan projek membuat dokumentasi dengan mengesan kesilapan oleh pengguna. 
  8. Menyimpan keputusan ujian sebagai bukti penyempurnaan pembangunan sistem. Semakan kod (code review) dilakukan untuk mengesan ralat. Pengatur cara akan merujuk log yang dipaparkan untuk membetulkan dan membuang ralat yang dikesan. 
Terdapat tiga jenis ralat dalam aturcara seperti dalam jadual di bawah



Latihan:

Dengan merujuk buku teks atau internet cuba jawab soalan-soalan berikut.

1. Apakah maksud sintaks?
2. Mengapakan ralat sintaks tiada dalam dalam jenis-jenis ralat dalam ralat algoritma?



SOALAN PENORMALAN KERJA KURSUS

  Link untuk menjawab soalan